Tuesday, February 23, 2010

Cantik-cantik

Malam itu habisnya lewat. Setelah selesai aku kembali memakai pakaian asalku. Baju tanah putih bermotifkan bunga abstrak berwarna hitam. Aku mengikat rambutku ketepi dengan gaya bersahaja. Kulihat wajahku didalam cermin dan senyum.Tanpa mencoletkan sebarang alat solek, ku keluar dari pintu dengan penuh konfiden. Aku menyandang beg hitam kulit berjenama Aigner dengan beg kertas free yang bakal ku buang kerana melekit dek madu yang tertumpah dalam perjalanan tadi. Madu manis sedap kubeli sebagai ubat keronkongku yang menderita kerana infeksi virus batuk, dijangkiti dari abahku yang genius.
Ku rasa something dalam hatiku sejak dari tadi. Seolah-olah ada yang sedang menungguku. Mungkin seseorang yang ada sedikit menyukai aku, atau seseorang yang aku idam-idamkan sejak aku tahu kewujudan dia di muka bumi ini? Lalu seperti biasa mindaku khayal dalam anganan yang mengalahkan si Mat Jenin. Sambil aku melangkah tapak demi tapak menuju ke keretaku yang tercinta, hatiku berdebar- debar. Syok sendiri seketika sebab memakai pakaian cantik-cantik. Aku menghidupkan enjin keretaku dan memandu ke arah jalan pulang. Setiap perjalanan pulang ke rumah, akanku lalu satu tempat ini.Wajib lalu sebab memang ke arah jalan pulang ke rumah.Ayat tadi macam redundant tapi memang itu maksud aku. Stress point. Aku terus memandu dan aku hampir tiba di tempat itu. Hatiku berdebar-debar hanya Tuhan saja yang tahu. Sreeeeeeet aku break perlahan-lahan. Dia ada. Hatiku berdebar-debar. Aku berfikir dengan pantas dan menekan pedal minyak dan terus pulang, dalam keadaan berpakaian cantik-cantik. Bukan takut. Tapi malas.Balik rumah lagi best.

No comments: